fbpx

EPL: Virgil Van Dijk kapten baharu Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK dilantik sebagai kapten baharu Liverpool menggantikan Henderson yang berhijrah ke Arab Saudi. - AFP

SINGAPURA – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya pemain pertahanan, Virgil van Dijk memiliki pengaruh cukup besar serta sifat kepimpinan selepas dilantik sebagai kapten baharu The Reds.

Terdahulu, juara Eropah enam kali itu melantik Van Dijk sebagai kapten baharu selepas penyandang terdahulu, Jordan Henderson mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan dan berkelana ke Arab Saudi bersama Al-Ettifaq.

Klopp berkata, keputusan melantik Van Dijk sebagai kapten diputuskan oleh beliau sendiri dan langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak selepas mengambil kira pengaruh positif pemain Belanda itu dalam bilik persalinan.

“Ini adalah keputusan saya sendiri dan ia bukan perkara sukar kerana dia memiliki personaliti cukup besar sama seperti Hendo (Henderson). Bagi saya, dia memiliki sifat kepimpinan yang semula jadi.

“Apa yang penting adalah dia mahu menjadi seorang ketua. Sudah tentu dia akan memikul tanggungjawab lebih besar selepas ini, saya yakin Van Dijk mampu menjalankan tugas ini dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pemain-pemain lain supaya memberikan kerjasama kepada Van Dijk kerana menganggap keharmonian dalam pasukan akan memainkan peranan penting buat mereka menjelang musim baharu nanti.

“Dia akan dapat rasa beban tanggungjawab ini nanti tetapi ia sesuatu yang baik. Kami perlu bekerjasama sebagai satu pasukan dan semua pemain perlu membantu Van Dijk kerana ia akan menjadi faktor kejayaan Liverpool,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI