fbpx

Peluang Harimau Malaya ‘asah taring’ di Chengdu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Syria dan China yang kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

PEMILIHAN Syria dan China untuk aksi persahabatan bulan depan akan memberi panduan jelas buat Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Bagi jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, adalah lebih baik untuk berdepan lawan yang lebih kuat berbanding terus diulit kejayaan ketika menentang lawan lemah.

“Apa yang penting sekali adalah pemilihan lawan untuk aksi persahabatan kerana kita tidak mahu ‘target’ menentang pasukan lemah. Dua perlawanan ini jadi ujian sebenar buat Harimau Malaya.

“Pemilihan yang baik dan ia bagus untuk pasukan negara untuk dapatkan lawan yang hampir sama dengan pertandingan sebenar nanti. Daripada situ kita akan dapat gambaran dan boleh kenal pasti kelemahan untuk dibaiki,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan menghadapi dua perlawanan bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September, kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

Berbanding Malaysia yang huni ranking 136 dunia, Harimau Malaya dijangka akan dapat ujian sebenar memandangkan kedua-dua lawan itu berada di kedudukan lebih baik, China berada di kedudukan 80 dunia manakala Syria di tempat ke-94

Di Piala Asia, Malaysia berada dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Jordan dan Korea Selatan manakala saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 akan bersaing dengan Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan atau Timor Leste di Kumpulan D.

“Selepas final Piala FA lalu, kalau boleh saya mahu pemain nombor 6 Johor Darul Ta’zim (Nathaniel Shio Hong Wan) diberi peluang bermain di peringkat antarabangsa. Di JDT kita nampak kerjanya dan mungkin kali ini Pan Gon akan beri peluang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI