fbpx

Isu hutang selesai, LTdL kembali dalam kalender UCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SHAPAWI

BAGI memastikan nama negara tidak tercalar di peringkat antarabangsa, Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil pendekatan menyerahkan duit kemenangan pemenang Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) secara terus.

LTdL 2023 diancam pembatalan selepas perlumbaan itu dikeluarkan daripada kalendar perlumbaan UCI disebabkan isu hutang bernilai lebih RM1 juta selepas lima pasukan bertanding tahun lalu membuat laporan kepada badan induk berkenaan.

Bagaimanapun, segala hutang sudah selesai Sabtu lalu dan UCI bersetuju menyenaraikan se­mula LTdL dalam kalender badan induk, sekali gus memberi kelegaan kepada MSN yang menganjurkan sukan itu kali ini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, persiapan LTdL yang bermula 23 hingga 30 September berjalan lancar dan duit kemenangan pemenang telah tersedia.

Ahmad Shapawi turut memberi jaminan bahawa laluan yang sudah dirancang tidak akan berubah walaupun apa saja keputusan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Kita sudah tubuhkan sekretariat. Kita tak akan ubah laluan dan ia masih kekal mengikut perancangan asal. Apa saja yang terjadi dalam PRN nanti, kita tetap akan kekalkan laluan sama.

“Sekarang ini usaha dibuat adalah untuk menarik penaja bagi bersama memeriahkan LTdL tahun ini. Ketika ini kita tengah berbincang menarik penajaan dan kita harap tawaran yang kita berikan mampu menarik minat penaja-penaja besar tahun ini.

“Perkara paling penting ialah wang kemenangan bernilai RM800,000 keseluruhan telah kita sediakan. Kita akan bayar melalui UCI, malah kos-kos lain seperti kos penyertaan semua kita akan runding dengan kelab-kelab tersebut dan kita akan bayar sendiri,” kata Ahmad Shapawi selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Komanwel 2023 semalam.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ‘lega’ apabila isu penganjuran LTdL 2023 sudah selesai dan berharap MSN mencari penaja bagi menjayakan penganjuran dengan sebaiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI