fbpx

20 bilateral dilaksanakan sepanjang ARF HDUCIM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlinda (tengah) dan Mardzuki beramah mesra dengan peserta luar negara pada penganjuran ARF HDUCIM 2023.

PETALING JAYA – Sebanyak 20 bilateral secara keseluruhannya telah dilaksanakan dalam kalangan negara anggota menerusi penganjuran Forum Serantau ASEAN Ke-25, Mesyuarat Ketua-ketua Universiti, Kolej, Institusi Pertahanan (ARF HDUCIM) 2023.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam kenyataannya memaklumkan, pada hari kedua penganjuran ARF HDUCIM 2023 hari ini, lima bilateral telah dilaksanakan dalam kalangan negara anggota.

“Pada sesi pertama pembentangan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, terdapat lima perbahasan tema ARF HDUCIM yang dikongsikan daripada perwakilan negara Australia, Kanada, Jepun, Filipina dan Malaysia.

“Sementara pada sesi kedua pembentangan, terdapat lapan perbincangan yang dikupas oleh perwakilan negara anggota termasuklah dari Cambodia, Jerman, India, Indonesia, Pakistan, Timur-Leste, Vietnam dan Malaysia. Sesi kedua ini dipengerusikan oleh Brig Jen Don Chinthaka Asela Wickramasinghe dari KDU Sri Lanka,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Pada majlis penutup ARF HDUCIM Ke-25 menyaksikan Mardzuki menyerahkan tampuk pengerusi kepada Timbalan Naib Canselor KDU Sri Lanka bagi penganjuran ARF HDUCIM Ke-26 pada tahun berikutnya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan rasa bangga terhadap terhadap UPNM menerusi ucaptama yang diwakili oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman.

Dalam teks ucapan tersebut, Mohamed Khaled menzahirkan kebanggaan kerana UPNM merupakan universiti tunggal yang mempunyai kepakaran bidang pertahanan dan keselamatan dan menjadi tempat rujukan.

“UPNM ialah mercu kecemerlangan, menggalakkan pertumbuhan intelek dan pembangunan profesional pegawai kadet dan peribadi tentera. Satu lagi ciri yang dibezakan ialah penekanan UPNM terhadap disiplin dan penyelidikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI