fbpx

Polis buru dua pencuri pecah masuk bilik imam, larikan wang RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV dua lelaki memecah masuk bilik imam Masjid Ar-Rahmah di Guar Chempedak, dekat Yan pada kelmarin.

YAN – Polis sedang memburu dua lelaki yang melarikan wang sebanyak RM2,000 selepas bertindak memecah masuk bilik imam di Masjid Ar-Rahmah dalam kariah Sungai Belida di Guar Chempedak, dekat sini kelmarin.

Perbuatan dua suspek itu termasuk menyelongkar bilik imam dan bilik gerakan masjid dirakamkan televisyen litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, keadian disedari Timbalan Pengerusi Kariah Sungai Belida, Mohamed Yusoff, 71, yang tiba di masjid untuk membuat persiapan menunaikan solat subuh pada pukul 5.30 pagi, semalam.

“Timbalan Pengerusi Kariah Sungai Belida itu mendapati pintu bilik imam dan bilik gerakan telah dipecah manakala kunci berselerak di atas lantai.

“Dia bersama ahli jawatan kuasa masjid kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati wang tunai RM1,500 yang disimpan di dalam laci bilik imam sudah hilang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut turut mendapati sebuah tabung besi di dalam masjid telah dipecahkan dan wang tunai RM400 di dalamnya juga hilang.

“Wang di dalam tabung harian berjumlah RM100 juga dicuri,” ujarnya.

Menurutnya, hasil semakan CCTV mendapati kejadian berlaku pada pukul 11.19 malam, kelmarin.

“Siasatan mendapati suspek memasuki masjid melalui pintu utama yang tidak dikunci bagi memudahkan jemaah masuk menunaikan solat,” ujarnya.

Tambahnya, terdapat kesan umpil pada pintu bilik imam dan bilik gerakan di dalam masjid berkenaan serta kesan selongkar yang dilakukan oleh dua suspek dipercayai penduduk tempatan.

“Kita turut mengesan beberapa cap jari di lokasi kejadian dan sedang menjejaki suspek dengan bantuan CCTV masjid berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI