fbpx

Menteri kecoh di KLIA: Kertas siasatan dirujuk TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suasana tegang berlaku di KLIA baru-baru ini.

SERDANG – Kes berhubung kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa menganggu tugas penjawat awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwaraya (TPR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu arahan untuk tindakan yang seterusnya daripada TPR.

“Kertas siasatan sudah dihantar ke TPR dan perkara masih dalam kajian mereka untuk sebarang keputusan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu, King Sing sebelum ini mendedahkan wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara itu.

Ia selepas satu rakaman luar mengenai King Sing menceroboh pintu masuk utama negara tanpa memiliki pas keselamatan didakwa cuba membebaskan seorang pelawat China.

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung kekecohan di Terminal 1 terbabit.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI