fbpx

Matt Bellamy pakai baju ‘I Love Langkawi’ sewaktu konsert Muse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Matt Bellamy dengan baju 'I Love Langkawi' ketika konsert Muse di ibu negara kelmarin.

PETALING JAYA – Kehangatan konsert kumpulan rock dari United Kingdom, Muse di Bukit Jalil kelmarin bukan sahaja berjaya menarik tontonan lebih 50,000 penonton, malah turut meletakkan Malaysia menjadi tumpuan dunia.

Malaysia merupakan satu-satunya persinggahan bagi kumpulan rock terkenal itu dalam siri jelajah di Asia mereka tahun ini.

Sebelum berada di Kuala Lumpur, ahli kumpulan Muse serta keluarga mereka sempat berada di Pulau Langkawi untuk bercuti bersama.

Ketika malam konsert kelmarin, vokalis kumpulan tersebut, Matt Bellamy sempat memakai baju T putih yang tertera tulisan ‘I Love Langkawi’.

Orang ramai terutamanya warganegara Malaysia turut teruja apabila Matt sempat mempromosikan Langkawi ke seluruh dunia.

“Lepas ni tentu mahal la baju t-shirt putih yang Matt pakai, beli berapa ringgit sahaja ni nak jual nanti mesti beribu jadinya,” jelas Azman Hamad.

“Tak pasal-pasal Langkawi orang kenal, memang pulau itu dah terkenal. Tapi lepas Muse datang ni rasanya lagi terkenal la,” kata Soldjer Matt. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI