fbpx

Ismail Sabri bantu kempen bekas rakan sekelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Sabri (tengah) bersama Ismail (dua, kanan) ketika mengadakan walkabout di Flat Sentoasa, Kuala Pilah hari ini.-Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/ KOSMO!

KUALA PILAH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut tidak ketinggalan membantu kempen calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ketika ini.

Salah seorang calon itu ialah Datuk Ismail Lasim yang merupakan calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling di Kuala Pilah.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu, Ismail merupakan rakan sekelasnya ketika melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya pada tahun 1980 sehingga tahun 1985.

“Tok Mail (Ismail Lasim) adalah kawan sekelas saya. Beliau sudah berpengalaman menjadi wakil rakyat dan ini merupakan kali kelima beliau bertanding. Daripada segi kemampuan, beliau tiada masalah kerana mempunyai pengalaman begitu lama.

“Beliau memang dikenali oleh penduduk di sini, kita hendak menang dan ia bergantung kepada pengundi kerana itu saya hadir ke sini supaya pengundi boleh membantu BN untuk menang, setakat ini kawasan ini adalah kawasan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan walkabout di Bazar Pekan Kuala Pilah hari ini.

Bekas Naib Presiden UMNO itu turut memberitahu, pada hari ini beliau akan membantu kempen calon BN di Negeri Sembilan

“Saya masih lagi Ketua UMNO Bahagian Bera jadi memang saya akan turun menyokong calon BN untuk menang,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI