fbpx

Doktor kecewa kerusi roda hospital ditinggalkan di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir orang awam yang meninggalkan kerusi roda dipinjam di merata-rata tempat.

PETALING JAYA – Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir orang awam yang menggunakan perkhidmatan kerusi roda pihak hospital, namun gagal memulangkan kembali ke tempat asal, dikecam hebat.

Menerusi perkongsian Fazli Azly di Facebook, beliau yang dipercayai seorang pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, meluahkan kekecewaan apabila mendapati kerusi roda dari jabatannya itu berada di kawasan hentian rawat dan rehat (R&R) Ayer Keroh.

“Datang kecemasan kompelin bila tak ada kerusi roda, tapi masalahnya bila dah diberi pinjam, boleh pulak angkut sampai ke R&R Ayer Keroh.

“Tu tak termasuk yang tak reti pulangkan, sepahkan kat sana-sini. Satu hal pulak triager selain nak jaga kaunter triage, kena pergi kutip kerusi roda yang merata-rata tu setiap awal syif.

Rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa ‘geram’ dan menyifatkan golongan ini sebagai mereka yang tidak bersyukur.

“Ni spesis yang tak bersyukur, tiada penawar,” komen Ong Shir Lee.

“Manusia macam ni lah Dr Fazli Azly, tak bersyukur dan tak menghargai. Buat macam harta dia pula,” ujar Saidah Said.

“Saranan saya, siapa yang pinjam kerusi roda tu bagi tnggal kad pengenalan atau lesen. Buat keras sikit kalau tak nak bagi. Bukan apa, tak nak jadi macam ni lah,” cadang seorang pengguna.

“Semak sistem televisyen litar tertutup (CCTV) best tu. Mesti terkenal pesakit tu dengan satu keluarga nanti,” tambah Mohammad Redhzuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI