fbpx

PRN: PH-BN Selangor lancar ‘manifesto’ Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pasukan Perpaduan Selangor melibatkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bakal melancarkan tawaran lima tahun kepada rakyat negeri ini pada Isnin depan.

Majlis pelancaran itu dijangka akan diadakan pukul 8.30 malam di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, komitmen ini bakal melonjakkan Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

“Ia dapat direalisasikan dengan pasukan yang ikhlas, padu dan bersetiakawan.

“Selain itu, satu pasukan yang mampu menawarkan khidmat dengan jujur untuk mengangkat maruah dan martabat rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, proses penamaan calon bagi kesemua 56 calon PH dan Bn dalam gagasan Perpaduan Negeri Selangor telah selesai dan berjalan dengan begitu sempurna.

Tegasnya, semangat setiakawan dan kesepakatan ini yang menjadi asas kepada Kerajaan Persekutuan
diterjemahkan ke dalam gerak kerja di Pilihan Raya Negeri kerana kerjasama ini dijalinkan atas kepercayaan dan bukannya pengkhianatan.

“Secara keseluruhan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa terdapat 147 yang bertanding di 56 kawasan Dewan Negeri seluruh Selangor.

“Daripada kesemua kawasan itu (didapati) 26 daripadanya melibatkan pertarungan dua penjuru, 25 kawasan (tiga penjuru) dan lima kawasan yang bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Amirudin menaruh keyakinan PH-BN mendahului di 68 hingga 70 peratus kawasan yang ditanding serta persaingan sengit di beberapa kawasan lain yang mampu mencapai kemenangan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI