fbpx

PRN: ‘Mat Sabu’ pakai baju BN, kibar bendera PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rani (tengah) mengibarkan bendera PH ketika berkumpul di IPD Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang warga emas yang terkenal dengan gelaran ‘Mat Sabu’ dan merupakan penyokong Kerajaan Perpaduan bersemangat hadir memberi sokongan kepada tiga calon Barisan Nasional (BN) semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini hari ini.

Rani Jali, 62, yang memakai baju BN bersemangat membawa bendera Pakatan Harapan (PH) bersama lebih 200 orang penyokong lain yang berkumpul seawal pukul 7.30 pagi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Selain itu, penyokong daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan Orang Asli turut bersemangat sambil melaungkan slogan Kerajaan Madani.

Menurut Mat Sabu, dia merupakan penyokong tegar BN sejak tahun 1990 apabila Pas memerintah negeri Kelantan.

Katanya, dia meletakkan harapan tinggi dan berdoa supaya tiga penyandang daripada BN dapat mengekalkan kerusi masing-masing.

“Saya berharap anak muda dapat keluar mengundi dan buat perubahan pada PRN kali ini dengan menukar kerajaan Negeri Kelantan.

“Saya harap agar rakyat Kelantan beri peluang sekali untuk BN mentadbir Kelantan demi perubahan terutamanya bagi menyelesaikan masalah terutamanya isu air serta pembangunan di negeri Kelantan,” katanya.

Mat Sabu berkata, PRN adalah peluang orang muda untuk bersama dengan pemerintahan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dia sedih apabila melihat ramai anak muda berhijrah keluar negeri selepas tiada peluang pekerjaan serta penduduk masih menggunakan sumber air ‘berkarat’.

“Ini merupakan peluang untuk kita meraikan demokrasi memilih calon yang dapat membantu rakyat.

“Saya berdoa semoga BN memang 25 kerusi DUN walaupun Pas mahu 45 kerusi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI