fbpx

PRN: Harrison akur dipecat UMNO, ucap terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harisson (kiri) semasa penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Harrison Hassan akur dipecat UMNO selepas menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh itu berkata, tindakan berkenaan merupakan prosedur organisasi dan beliau berterima kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Jelas Harrison, ideologi PN yang sebati dengan dirinya antara faktor beliau memilih menjadi calon parti tersebut.

“Sebagai ahli politik, saya mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan prinsip perjuangan parti.

“Saya akur dengan perkembangan semasa dan pembaharuan yang diinginkan penduduk Jeram dan Selangor. Saya berikrar berusaha sebaik mungkin memenangi DUN ini nanti,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calondi Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Harrison digugurkan selepas beliau diumumkan sebagai calon mewakili PN.

Pengguguran keahlian secara automatik itu selaras dengan perlembagaan dan peraturan Lembaga Disiplin parti.

Harrison berdepan saingan dua penjuru menentang calon BN, Datuk Jahaya Ibrahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Ditanya mengenai keyakinan memenangi kerusi itu, beliau mengakui berdepan cabaran namun yakin rakyat mahukan pembaharuan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI