fbpx

Polis buru lelaki cabul wanita di LRT Maluri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki memeluk seorang wanita dan berdiri di atas landasan kereta api di LRT Maluri, Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di platform LRT, Stesen Maluri, Cheras, disini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 pagi daripada seorang wanita tempatan .

“Hasil semalam mendapati, pengadu yang berusia 27 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Cheras pada hari kejadian.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Usaha memgesan suspek masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Rapid Rail dalam kenyataan meluahkan kekecewaan berhubung gangguan seksual dihadapi seorang wanita yang tular di Stesen LRT Maluri, hari ini.

Katanya, tindakan menambah anggota polis bantuan di stesen-stesen akan dilakukan segera bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan mengelakkan perkara sama daripada berulang.

“Ketika kejadian, anggota polis bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.

“Pasukan Polis Bantuan Prasarana berkerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menyiasat dan mengesan suspek sehingga ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen LRT Maluri, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi terbabit berjaya menyelamatkan wanita itu dalam kejadian pada pukul 7.58 pagi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI