fbpx
ISU bekalan air bersih di Kelantan akan berakhir tidak lama lagi selepas kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM800 juta semalam.

Rakyat Kelantan lega, kerajaan salur peruntukan bantu isu air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pengumuman kerajaan Persekutuan mengenai peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta bagi mengatasi masalah air untuk jangka masa pendek bagaikan memberi sinar baharu buat rakyat negeri ini.

Pelajar universiti, Muhammad Azim Hakimi Mazdi, 26, berkata, pengumuman itu akan menjadi penyelesaian kepada penduduk terutama mereka yang tidak mampu membina telaga tiub yang memakan belanja RM3,000 untuk mendapatkan bekalan air bersih.

“Sekiranya peruntukan tambahan itu dapat disegerakan, ia merupakan satu langkah terbaik kerajaan Pusat untuk membantu rakyat di negeri ini.

“Masalah air bukan perkara baharu di Kelantan dan langkah penyelesaiannya juga memakan masa bertahun-tahun. Jadi dengan pengumuman terbaharu ini, saya harap masalah ini dapat segera diselesaikan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: RM800 juta selesai masalah air di Kelantan, Sabah

Sementara itu, pesara kerajaan, Ibrahim Mohamad, 63, memberitahu, kebanyakan kawasan di Kelantan berdepan masalah bekalan air bersih sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurutnya, langkah yang diambil kerajaan Persekutuan hari ini adalah tepat dalam membantu rakyat khususnya di Kelantan.

“Tolak ke tepi aspek politik. Pengumuman peruntukan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan perlu disambut baik oleh semua penduduk.

“Saya sendiri guna bekalan air telaga tiub di rumah. Mungkin dengan pelaksanaan projek penambahbaikan ini ia dapat menyelesaikan masalah air di Kelantan dalam kadar segera,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan menyediakan peruntukan RM1 bilion kepada Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu bermula tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok pada Jun lalu meluluskan peruntukan tambahan segera sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah air bersih di Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN