fbpx

EPL: Musim baharu bakal milik Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE enggan menjadikan nilai perpindahannya sebagai tekanan sebaliknya mahu memberikan impak segera buat Arsenal. - AFP

LONDON – Pengalaman musim lalu dan perubahan ketara yang dibawa Mikel Arteta membolehkan Arsenal makin menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak kali terakhir memenanginya pada 2004.

Bintang baharu The Gunners, Declan Rice merasakan kekecewaan musim lalu dan status naib juara menjadikan kelab itu semakin matang dan bersedia untuk berjuang memburu kejuaraan pada musim baharu.

“Anda semua tahu Arsenal di bawah Mikel sudah memenangi aksi Perisai Komuniti dan Piala FA, jadi saya fikir inilah masanya. Tekanan secara berterusan akan menghadirkan kejuaraan selepas sekian lama Arsenal tidak memenangi Liga Perdana Inggeris.

“Tahun lalu Arsenal hampir memenanginya dan saya fikir kelab ini bertambah baik serta sudah belajar daripada pengalaman lepas. Saya rasa itu adalah sasarannya, begitu juga dengan Liga Jaura-Juara kerana kami tidak mahu sekadar melengkapkan jadual.

“Saya dapat lihat perubahan dilakukan oleh Mikel, pemain juga bertambah baik. Saya pun sudah bercakap dengannya tentang apa yang dia mahukan daripada saya untuk merealisasikan visi pasukan,” katanya.

Selepas menyertai Arsenal dengan harga £105 juta (RM616.7 juta), Rice menegaskan dia tidak terlalu memikirkan tentang nilai dibelanjakan oleh The Gunners, namun bersedia untuk memberikan impak buat pasukan.

“Kini saya lihat bola sepak daripada sudut berbeza. Kami mungkin fikir sudah tahu tentang bola sepak namun apabila berjumpa dengan pengurus seperti Mikel, kamu akan sedar yang kamu belum tahu segala-galanya tentang bola sepak,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI