fbpx

Lelaki maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta dari belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di tempat kejadian yang menunjukkan Perodua Alza merempuh belakang motosikal dinaiki mangsa di di Jalan Kuala Baram Bypass, di sini.

MIRI – Seorang lelaki meninggal dunia manakala anaknya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuala Baram Bypass, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.35 tengah hari semalam, ketika mangsa, 57, dengan anak lelakinya berusia 17 tahun yang menunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke Tudan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta Perodua Alza terbabit telah melanggar bahagian belakang motosikal yang dinaiki mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang (anaknya) cedera di bahagian muka dan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pemandu Perodua Alza terbabit, iaitu seorang lelaki berumur 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI