fbpx

Itu akaun palsu – Jocelyn Chia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jocelyn memaklumkan akaun Twitter didakwa milik bapanya adalah palsu.

PETALING JAYA – Pelawak kontroversi kelahiran Singapura, Jocelyn Chia memaklumkan bahawa akaun Twitter yang dikatakan milik bapanya yang tular baru-baru ini adalah akaun palsu.

Jocelyn berkata demikian ketika memberi respons kepada satu ciapan laporan berita berhubung individu yang menyamar sebagai bapanya itu kononnya sudah memutuskan hubungan mereka sebagai anak-beranak.

Malah, Jocelyn turut meminta orang ramai untuk membuat laporan mengenai akaun tersebut atas kesalahan memalsukan identiti.

“Orang Malaysia ini kelakarlah, warga Twitter mohon laporkan akaun ini kerana memalsukan identiti. Terima kasih,” ciapnya.

Terdahulu, sebuah akaun Twitter dengan nama Anthony Chia Whye Liang mendapat perhatian netizen selepas mengaku merupakan bapa kepada pelawak terbabit dan mengumumkan sudah membuang anaknya itu daripada keluarga.

Ia susulan tindakan Jocelyn yang telah membuat beberapa jenaka keterlaluan, salah satunya mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI