fbpx

PRN: PN Terengganu akan tampil calon wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias (tengah) pada sidang akhbar di Pusat Media Pas Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) bakal mempertaruhkan calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Alias Razak berkata, ketetapan itu telah dipersetujui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pembahagian kerusi yang telah dimuktamadkan bersama.

Begitupun, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu masih belum mahu mendedahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diletakkan calon wanita berkenaan.

“Semua perkara sudah ada persetujuan bersama termasuk pembahagian lima kerusi DUN kepada Bersatu.

“Kita telah sepakat akan ada calon wanita. Apapun tunggu pengumuman calon PN terengganu pada malam esok,” katanya di sini hari ini.

Alias berkata, pengumuman di Rusila, Marang itu merangkumi 32 calon DUN dan seorang calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI