fbpx

[VIDEO] Peminat teruja sambut kedatangan Muse di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video tular di laman Twitter

PETALING JAYA – Orang ramai berkongsi keterujaan masing-masing apabila kumpulan Muse yang bakal mengadakan konsert jelajahnya ‘Will of The People’ Sabtu ini sampai di Malaysia.Menurut video tular di Twitter, ahli kumpulan tersebut kini sedang bercuti di Langkawi bersama ahli keluarga.

“Muse baru sahaja menamatkan ‘tour’ di Eropah. Tak ada pegang rokok, muka pun manis-manis. Tak ada pun cakap mereka kecewa terpaksa melawat ‘negara dunia ke-3’.

“Tak ada lagak acah-acah ‘rockstar’, semuanya nampak mesra dengan ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna terutamanya peminat menyuarakan rasa tidak sabar untuk menghadiri konsert yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

“Nak menangis rasanya sebab tak sabar nak jumpa Muse Sabtu ini,” kata Zara.

“Muse ni siap tegur lagi pakcik kat ‘airport’. Mesti pakcik tu tertanya-tanya, siapa mat salleh ni?,” kata Hashim.

“Inilah lagenda sebenar. Bukannya macam Matty tu,” kata Blair. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI