fbpx

‘Tak terkesan, Aliff bukan wajah utama kempen raya Rizman Ruzaini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJASAMA Rizman Ruzaini dengan Aliff Aziz hanya membabitkan sesi fotografi. - FOTO SYAKIR RADIN

PETALING JAYA – Sedar kontroversi yang melanda salah seorang model kempen raya mereka iaitu Aliff Aziz, jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini enggan campur tangan dan bersikap profesional dalam urusan kerja.

Menurut Rizman atau nama penuhnya Rizman Nordin, 39, mereka tidak terkesan dengan kontroversi tersebut dan menegaskan Aliff bukanlah wajah utama bagi koleksi hari raya tahun ini.

“Kami adalah jenama fesyen dan tak terkesan sebab barisan selebriti yang terlibat dengan jenama kami sangat ramai.

“Tambahan pula, dia (Aliff) juga bukan main muses (wajah utama) jadi, tak terima impak besar pun,” katanya kepada HibGlam pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini, semalam.

Sementara itu, Rizman Ruzaini mengakui wujud segelintir netizen yang mahu memboikot jenama mereka kerana menggunakan Aliff sebagai salah seorang model koleksi raya tahun ini.

Rizman bagaimanapun menegaskan sebagai pereka fesyen mereka hanya bergerak sebagai entiti perniagaan dan tidak mencampuri kontroversi peribadi mana-mana selebriti.

“Komen mereka macam nak boikot kami sebab guna Aliff sedangkan kami tak bersalah sebab sesi fotografi dilakukan sebelum semua itu berlaku.

“Sama macam Fiziwoo yang ambil Ruhainies sebagai duta. Kami hanya buat kerja sebagai pereka fesyen sahaja.

“Pada akhirnya, kerjasama dengan artis adalah untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun hubungan kami dengan Aliff atau Bella memang tiada masalah,” jelasnya.

Sementara itu, Rizman memberitahu kerjasama mereka dengan Aliff hanya untuk sesi fotografi sahaja, manakala isterinya iaitu Bella Astillah mempunyai komitmen tambahan bersama jenama ini.

“Kerjasama dengan Aliff semasa sesi fotografi itu sahaja manakala untuk Bella, kita ada ‘meet and greet’ bersama pembeli.

“Kalau nak diikutkan sebelum pemilihan artis kami sudah tapis untuk elak kontroversi sebegini berlaku.

“Bagi kami, itu penting untuk imej sesebuah jenama. Kami memasarkan sebuah perniagaan dan produk jadi kalau boleh memang nak elak isu sensasi sebegini.

“Kami pula tak percaya konsep kontroversi adalah salah satu strategi pemasaran berkesan sebabyakin semuanya bergantung kepada hasil kerja kreatif,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rizman memberitahu, koleksi RR by Rizman Ruzaini tidak akan diteruskan dan ditamatkan pengeluarannya pada tahun ini.

“Sangat sukar dan sedih untuk buat keputusan ini tetapi semuanya diputuskan selepas melihat permintaan dari pelanggan di luar negara sangat memberangsangkan.

“Ramai selebriti ternama di luar negara berminat untuk mengenakan busana Rizman Ruzaini dan ini peluang kami untuk mengharumkan nama negara.

“Itu matlamat utama kami sejak dulu dan merasakan sukar untuk buat dua perkara dalam satu masa. Jadi, tahu ini adalah tahun terakhir untuk anda semua dapatkan koleksi RR,” ujarnya lagi.

Pada Februari lalu, Rizman Ruzaini mengumumkan seramai 26 artis terkenal tanah air termasuk Aliff menjadi muse bagi Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini 2024.

Bagaimanapun, rentetan isu khalwat membabitkan Aliff dan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada 9 Mac lalu, wujud gerakan netizen yang mahu memboikot jenama fesyen atau mana-mana produk membabitkan dua selebriti berkenaan.

Sejak kelmarin kecoh satu Malaysia apabila wajah Ruhainies turut dikaburkan dalam sebuah video promosi produk makanan kesihatan disebabkan kontroversi tangkap khalwat.

Ruhainies turut menarik diri daripada terlibat dengan jualan mega raya Starvendors anjuran Ifa Raziah kerana enggan menjejaskan rezeki peniaga lain yang terlibat dalam acara yang dijangka berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI