fbpx

53,000 orang banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sebab Muse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 53,000 penonton membanjiri konsert Muse: Will of The Poeple Tour 2023 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentadi tadi. - TWITTER.

KUALA LUMPUR – Konsert Muse : Will Of The People World Tour 2023 menghimpunkan lebih 53,000 peminat band asal Devon, England itu yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil tadi. 

Konsert jelajah dunia band yang dianggotai Matt Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howar anjuran Hello Universe tersebut menyaksikan ramai peminat yang lahir tahun era 1990-an berkumpul untuk ‘bertemu’ dengan kumpulan kegemaran mereka itu.

Walaupun ketiga-tiga pemuzik itu masing-masing sudah melepasi garis usia 40 tahun, itu tidak menjadi penghalang persembahan cukup bertenaga dihasilkan pada malam ini. 

Memulakan persembahan sedikit lewat iaitu sekitar 9.25 malam, Muse mendendangkan seleksi lagu popular mereka termasuklah Uprising, Hysteria, Supermassive Black Hole, Starlight dan Our Time Is Running Out. 

Tidak banyak berinterasi ketika mengadakan persembahan, vokalis Muse, Matt Bellamy sempat melantunkan beberapa frasa dalam bahasa Melayu seperti ‘selamat petang’ (walaupun sebenarnya sudah malam) dan ucapan ‘terima kasih’ diungkapkan berkali-kali sebagai tanda apresiasi buat peminat yang hadir menyaksikan persembahan mereka. 

Persembahan lebih kurang dua jam dicernakan sempurna dan penuh memori nostalgia band yang diasaskan tahun 1994 itu. 

Sementara itu, dapat dilihat golongan penjaja kecil di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil tekun berniaga dan mencari rezeki menerusi jualan makanan, minuman dan  baju berlatarkan gambar kumpulan Muse mendapat sambutan luar biasa.

Malaysia menjadi satu-satunya negara di Asia yang menjadi hentian Muse mengadakan persembahan jelajah dunia Will Of The People World Tour 2023. 

Muse mengadakan konsert kali kedua di negara ini selepas persembahan pertama di Stadium Negara pada 2007. Kali terakhir Muse mengadakan persembahan di Asia pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian dari jelajah Konsert Simulation Theory. – KOSMO! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI