fbpx

Mahkamah: 10 lelaki didakwa seludup 35 migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 lelaki termasuk lima warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini atas pertuduhan menyeludup migran bulan lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Seramai 10 lelaki termasuk lima warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup migran bulan lalu.

Mereka terdiri daripada Tan Ke Huat, 52, S. Ananthan, 48, P. A. Suresh, 38, Mohd. Johan Musa, 38 dan S. Sivalingam bersama lima lelaki warga Indonesia iaitu Eko Rahmadani, 22, Erfanni, 32, Tuah, 23, Siprianus Nahak Lutan, 36, dan Klau Nofrianus Erick, 34, didakwa secara bersama melakukan penyeludupan 35 migran Indonesia.

Kesalahan itu dilakukan kesemua tertuduh di kawasan kebun kelapa sawit Batu 10, Segari dalam daerah Manjung antara 20 hingga 30 Jun 2023.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh yang memahami pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan manakala tiga tertuduh iaitu Ke Huat, Suresh dan Sivalingam diwakili peguam, R. Rajasegaran sementara Mohamad Khazali Yin dan Keshvinder Singh pula masing-masing mewakili Eko Rahmadani dan Ananthan.

Terdahulu, Afiqah Izzati memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes tersebut bagi mendapat keizinan untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi.

Beliau juga memohon tarikh itu ditetapkan dalam tempoh dua bulan bagi membolehkannya merekodkan keterangan semua migran di Mahkamah Majistret Manjung.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 September depan sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI