fbpx

[VIDEO] Salahuddin masih stabil di ICU HSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (tengah) menziarahi Salahuddin di ICU HSB di Alor Setar, malam ini.

ALOR SETAR – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, sebentar tadi mengesahkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Pengesahan oleh Dr. Zaliha yang ditemui di pekarangan HSB itu sekali gus menafikan khabar angin yang tersebar kononnya Ahli Parlimen Pulai terbabit telah meninggal dunia.

Menurutnya, beliau baru sahaja menziarahi Salahuddin dan doktor sedang melakukan pemantauan rapi ke atasnya.

“Beliau dalam keadaan stabil dan doktor-doktor masih memantau secara rapi keadaannya, itu sahaja,” katanya.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai memberikan ruang kepada ahli keluarga Salahuddin untuk bersamanya.

“Alhamdulillah, kita beri ‘privacy’ kepada keluarga (Salahuddin) dan nampaknya keadaan beliau stabil. Mudah-mudahan beliau diberi kesembuhan.

“Saya lihat ramai juga kawan-kawan yang datang melawat dan itu menjadi petanda bahawa kita sama-sama berdoa untuk kebaikan dan kesembuhan beliau,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Salahuddin terpaksa dikejarkan ke HSB setelah mengalami mual dan muntah-muntah di sebuah hotel di sini pada pukul 10.15 malam kelmarin.

Beliau kemudian menjalani pembedahan pada pagi semalam sebelum ‘ditidurkan’ di ICU HSB.

Terdahulu, beliau hadir perasmian Persatuan Pengampit Minyak Masak Melayu Zon Utara di Kampung Alor Senjaya, di sini pada pagi kelmarin diikuti Majlis Pelancaran Food Bank dan Menu Rahmah serta Libat Urus di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok pada sebelah petang.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Amanah seterusnya dijadualkan menghadiri Ceramah Perpaduan Malaysia Madani di tapak pekan sehari Kota Sarang Semut, dekat Alor Setar pada malam sama, namun tidak dapat berbuat demikian selepas mengalami masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI