fbpx
Gambar Hiasan

Pengebom mahu Siti Kasim kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Improvised Explosive Device (IED) adalah sejenis bom buatan sendiri yang boleh dibuat menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari seperti be­lerang mahupun minyak petrol.

Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid berkata, IED boleh dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan seperti belerang yang mungkin diambil daripada mercun dan dikumpulkan untuk dijadikan bahan letupan.

“Selain itu, bahan seperti mi­nyak petrol misalnya juga boleh digunakan untuk hasilkan letupan sendiri, tetapi mungkin tidak boleh menyebabkan gegaran yang kuat seperti bom sebenar.

“Seperti kes bom ditemui pada kereta Siti Kasim, bom itu sekurang-kurangnya boleh menyebabkan berlaku kebakaran pada tayar kereta apabila ada percikan api terkena pada bahan letupan yang digunakan itu,” katanya ketika dihubungi.

Shahul berkata, bom buatan sendiri itu juga boleh menyebabkan tayar kenderaan tersebut pecah ketika dipandu, sekali gus mengakibatkan kemalangan.

“Bagaimanapun, bahan letupan buatan sendiri ini boleh mengancam nyawa jika mangsa berada terlalu dekat dengan bom berkenaan

“Bergantung kepada kan­dungan yang digunakan untuk menghasilkan bom itu bagi menge­tahui sama ada ia boleh menyebabkan kematian. Jika kuantitinya berlebihan, ia boleh menyebabkan kematian,” ujarnya.

Ditanya sama ada hanya golongan pakar yang boleh menghasilkan bom buatan sendiri itu, Shahul berkata, cara pembuatan bom kini boleh dicari di internet dan boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja.

“Memang sudah banyak cara-cara membuat bahan letupan ini tersebar di internet, jadi sesiapa sahaja boleh menghasilkannya.

“Tindakan tegas perlu diambil dengan serta-merta supaya tidak menjadi ancaman kepada orang ramai. Jika tidak perbuatan ini akan melarat dan bimbang ada individu lain pula cuba-cuba untuk melakukan tindakan yang sama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN