fbpx

Altimet antara calon PKR di PRN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Altimet selepas diumumkan calon PKR bagi DUN Lembah Jaya. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Penyanyi, Altimet merupakan antara 20 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang dicalonkan untuk DUN Lembah Jaya menzahirkan rasa syukur dan terharu terhadap pencalonan tersebut.

Dia yang lebih 13 tahun bermastautin di Ampang akan mencuba sebaiknya dalam membalas kepercayaan pimpinan parti.

“Saya rasa Alhamdulillah, diberikan tugas oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini sebagai penyelaras di sana (DUN Lembah Jaya) selama sembilan bulan sebelum DUN Selangor dibubarkan.

“Ini memberikan peluang saya mengenali gerak kerja seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mengenali orang (pengundi) di sana. Saya mahu lahirkan kawasan yang mesra kepada lapisan masyarakat dan umur di DUN itu,” katanya.

Terdahulu, pengumuman calon disempurnakan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di padang awam Seksyen 7 di sini.

Turut diumumkan adalah calon PKR bagi lima lagi negeri yang turut terlibat pada PRN kali ini.

Sementara itu, Erni Afrishah Azizi menjadi calon paling muda yang akan bertanding di DUN Sementa selain 11 muka baharu.

Amirudin kekal dicalonkan bagi mempertahankan DUN Sungai Tua dimenangi sebelum ini.

Bagaimanapun, DUN Batu Tiga yang sebelum ini disandang PKR menerusi Rodziah Ismail dilepaskan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dengan PKR mengambil kerusi DUN Hulu Kelang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI