fbpx

Tiada lagi kompaun, terus tindakan mahkamah kepada penceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tiga dari kanan) merasmikan gimik perasmian Karnival Tanah Pahang di Dewan Jubli Perak Raub di Raub hari ini.

RAUB – Tiada lagi kompaun sebaliknya tindakan mahkamah akan terus dikenakan kepada mana-mana pihak yang menceroboh tanah kerajaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan kompaun yang dikenakan sebelum ini dilihat tidak menakutkan pihak terbabit sehingga ia dilihat seolah-olah kerajaan negeri tidak serius menangani masalah itu.

“Saya telah meminta Penasihat Undang-undang, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pejabat Tanah dan Galian Pahang (PTG) dan pegawai daerah di semua daerah di negeri ini supaya tidak mengenakan kompaun sekiranya berlaku penangkapan ke atas pencerobohan tanah atau lombong haram.

“Ini kerana kalau kita kompaun mereka ia tidak menyakitkan mereka malah mereka tidak takut untuk mengulangi aktiviti yang sama. Kita dakwa mereka, biar rakyat nampak. Bagaimanapun, saya harap ia (pencerobohan tanah kerajaan) dapat dihentikan,”katanya selepas merasmikan Karnival Tanah Pahang, di Dewan Jubli Perak Raub, di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy kerajaan negeri memandang serius isu pencerobohan tanah kerajaan dan bersungguh-sungguh menangani isu yang menyalahi undang-undang itu.

Katanya, tindakan pendakwaan di mahkamah perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan kerajaan negeri mensifarkan pencerobohan tanah haram yang membabitkan aset kerajaan di negeri Pahang.

“Baru-baru ini, dalam tempoh 10 hari, tiga penangkapan membabitkan enam individu telah dibuat atas kesalahan pencerobohan tanah haram dan perkara ini akan segara di bawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan bagi memastikan kerajaan negeri dapat mengawal ketirisan hasil dan seterusnya mengelak kerajaan negeri mengalami kerugian jutaan ringgit kerana hasil yang sepatutnya diperolehi kerajaan negeri jatuh ke tangan penceroboh haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI