fbpx

Penduduk cari emas selepas tasik hidroelektrik kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membawa pelbagai peralatan untuk mendapatkan emas. - VNEXPRESS

HANOI, Vietnam – Lebih 100 penduduk etnik Gie Trieng berhimpun di kawasan hulu takungan air kuasa hidro Dak Mi 4 di daerah Phuoc Son, Vietnam untuk mendulang emas, lapor portal berita VNEXPRESS.

Lokasi takungan air itu dilaporkan kering akibat kemarau sehingga mendedahkan dasar berpasir sepanjang 2 kilometer dan selebar 0.2 kilometer.

Apabila hujan, serpihan emas akan dibawa turun dari kawasan pergunungan oleh arus deras air yang bercampur dengan pasir dan batu, tetapi tenggelam apabila paras air meningkat.

Phuoc Son adalah lubuk emas di wilayah Quang Nam. Ia mempunyai rizab emas kedua terbesar di Vietnam selepas lombong Bong Mieu di daerah Phu Ninh.

Orang ramai pergi ke tasik hidroelektrik Dak Mi 4 dan mendulang emas secara berselerak. Mereka membawa palung, dulang, penyodok, baldi dan mangkuk.

Ho Van Dao dan isterinya merupakan antara penduduk yang mendulang emas di lokasi tersebut.

Sejak hampir sebulan lalu, air sungai kering maka dia dan isteri pergi ke lokasi itu untuk mencari emas bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Salah seorang penduduk, Ho Van Hinh berkata: “Suami isteri itu cukup bertuah kerana menemui hampir seinci emas berharga kira-kira VND300,000 (RM57).

“Jika mereka bekerja keras, mereka tiada wang untuk membesarkan anak-anak,” katanya.

Pengerusi komuniti Phuoc Chanh, Ho Van Huy berkata, orang ramai dilarang pergi ke tasik hidroelektrik untuk mencari emas dan pasukan berkuasa kerap mengusir mereka.

Namun, kehidupan yang semakin sukar menyebabkan sesetengah penduduk mendulang emas secara diam-diam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI