fbpx

Penghuni bela 7 ekor lembu di balkoni flat tingkat 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu-lembu itu dirakam berada di balkoni rumah tersebut. - SCMP/ Douyin

BEIJING, China – Penghuni tingkat lima sebuah bangunan flat di China mengejutkan jiran-jiran kerana memelihara lembu di balkoni rumahnya, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP) semalam.

Video memaparkan tujuh ekor anak lembu sedang makan di balkoni bangunan kediaman di wilayah Sichuan, barat daya China itu tular dalam aplikasi Douyin.

Penghuni rumah berkata, lembu-lembu peliharaan itu berada di balkoni rumahnya hanya sehari kerana jiran-jiran mengadu kepada pihak berkuasa ekoran tidak tahan bau busuk.

Lembu-lembu itu telah dialihkan oleh pegawai pengurusan bandar pada 14 Julai lalu.

Setiausaha komuniti setempat, Zhang Dayou memberitahu, anak-anak lembu itu mempunyai berat antara 10 kilogram hingga 20 kilogram.

Tindakan penghuni rumah itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sekurang-kurangnya ia membuktikan bahawa bangunan itu berkualiti tinggi,” kata seorang netizen.

“Anak lembu yang malang, dihimpit di balkoni begitu kecil,” kata netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI