fbpx

PRN: Bersatu tumpang jentera Pas hanyalah modal murahan pihak lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (tengah) menyampaikan bantuan kotak makanan kepada penerima di DUN Gunung Semanggol di Pusat Khidmat DUN itu hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

BAGAN SERAI – Permainan naratif bagi mewujudkan persepsi seolah-olah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menumpang kekuatan jentera Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti merupakan modal murahan oleh pihak lawan bagi memecah-belahkan Perikatan Nasional (PN).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, desas-desus yang diperkatakan itu sengaja direka cipta untuk dijadikan modal perang saraf ketika semua orang berada dalam mood menghadapi PRN.

“Di dalam PN tidak ada ‘Big Brother’ atau Abang Besar dan ketiga-tiga parti komponen sama ada Pas, Bersatu dan Gerakan sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain.

“Jadi cakap-cakap yang mengatakan Bersatu hanya menumpang kekuatan jentera Pas hanyalah bertujuan untuk memecahkan kekuatan dan perpaduan di antara parti-parti di dalam PN,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kotak makanan kepada 85 orang penerima dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol di Pusat Khidmat DUN itu di sini hari ini.

Menurutnya, semua komponen PN di Perak sentiasa bekerja untuk rakyat secara bersama-sama dalam menjaga kebajikan semua pihak tanpa berkecuali.

“Isu ini tidak pernah timbul pun di Perak, cumanya mungkin sengaja dimainkan pada ketika musim PRN ini sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI