fbpx

Jadikan Awal Muharram azam memperbaiki diri – Ustaz Abdul Somad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Somad Batubara, menyampaikan ceramah sambutan Maal Hijrah 1445 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan TLDM Lumut di sini malam tadi. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

LUMUT – Orang Islam yang tidak berusaha menjadikan dirinya lebih baik di sisi Allah selaras peredaran tahun dan peningkatan usia adalah berada dalam kalangan manusia yang rugi.

Pendakwah terkenal dari Indonesia, Abdul Somad Batubara berkata, ia kerana ajal boleh datang pada bila-bila masa sahaja dan lebih malang jika berlaku ketika belum sempat bertaubat.

Sehubungan itu, beliau yang lebih terkenal dengan panggilan ‘Ustaz Abdul Somad’ menyarankan orang Islam menjadikan permulaan tahun hijrah sebagai azam untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik di sisi Allah berbanding tahun hijrah sebelumnya.

“Orang Islam yang beruntung ialah mereka yang dapat menjadikan dirinya lebih baik di sisi Allah berbanding tahun sebelumnya, manakala mereka yang tidak berubah adalah orang yang rugi.

“Sebaliknya, mereka yang menjadi lebih buruk di sisi Allah berbanding tahun sebelumnya adalah orang yang terlaknat,” katanya ketika menyampaikan ceramah sambutan Maal Hijrah 1445 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan TLDM Lumut di sini malam tadi.

Kira-kira 36,000 orang terdiri daripada anggota TLDM dan keluarga serta orang awam sekitar daerah Manjung hadir pada majlis tersebut.

Abdul Somad berada di sini dalam siri jelajahnya selama empat hari sekitar Semenanjung Malaysia bermula di Dataran Ayer Keroh, Melaka, malam semalam.

Di Perak, selain Stadium TLDM malam ini, beliau juga akan mengadakan ceramah di Masjid Nurul Hidayah, Seri Manjung, pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI