fbpx

Malakoff bangunkan projek tenaga hidro RM975 juta di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) meterai perjanjian RM975 juta untuk membangunkan tenaga hidro di Kelantan.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) berjaya memeterai perjanjian bernilai RM975 juta bagi membangun, memiliki, mengendali dan menyelenggara tiga buah loji kuasa hidro kecil (SHP) di Kemubu SHP, Kuala Geris SHP, dan Serasa SHP dengan gabungan kapasiti terpasang sebanyak 84MW di Kuala Krai, Kelantan.

Projek ini akan dibiayai melalui kombinasi Sukuk Wakalah SRI Hijau ASEAN dan pemegang taruh berdasarkan nisbah Kewangan-ke-Ekuiti (FE Ratio) sehingga 80:20.

Menurut Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib, dengan termeterainya perjanjian ini, syarikat tersebut dapat menyokong aspirasi kerajaan dalam menjana pertumbuhan portfolio tenaga boleh baharu (RE) nasional sebanyak 70 peratus menjelang 2050.

“Pemilikan ini merupakan satu pencapaian yang signifikan, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sedang meruncing. Ini juga merupakan bukti komitmen syarikat (Malakoff) untuk memperluaskan penyertaan syarikat dalam bidang RE.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, syarikat dapat memulakan kerja-kerja pembinaan projek hidro berskala kecil melalui tunggak perniagaan baharu Malakoff, Malakoff Green Solutions,” katanya.

Tambah Anwar, projek tersebut juga menandakan penglibatan pertama Malakoff dalam perniagaan penjanaan tenaga hidro, selaras dengan inisiatif transformasi strategik di bawah portfolio RE negara.

“Di bawah kerangka kerja syarikat, Malakoff menyasarkan kapasiti RE sebanyak 1,400MW menjelang 2031 dengan fokus utama pada segmen solar, hidro kecil dan Waste-to-Energy (WTE).

“Loji kuasa hidro merupakan alternatif rendah karbon yang paling bersih dengan pelepasan gas rumah hijau (GHG) terendah bagi setiap unit tenaga elektrik yang dihasilkan, menjadikannya salah satu sumber tenaga paling kos efektif, terutamanya untuk menjana elektrik di kawasan luar grid,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI