fbpx

6 maut helikopter terhempas dekat Gunung Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat memunggah mayat mangsa yang terbunuh dalam nahas helikopter di Hospital Pengajaran Universiti Tribhuvan di Kathmandu semalam. - AFP

KATHMANDU – Kesemua enam penumpang maut apabila sebuah helikopter yang dinaiki mereka terhempas sejurus ia berlepas, ketika melalui kawasan Gunung Everest, Nepal, semalam.

Penerbangan helikopter Manang Air itu sedang menuju ke Kathmandu dari Lukla, yang merupakan pintu masuk ekspedisi ke puncak tertinggi di dunia. Ia dinaiki lima sekeluarga dari Mexico bersama seorang juruterbang Nepal.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN) dalam satu kenyataan berkata, helikopter itu terputus hubungan 8 minit selepas berlepas pada pagi semalam.

“Enam mayat telah ditemui dan dibawa ke Kathmandu,” kata Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Pratap Babu Tiwari.

Dua helikopter penyelamat dikerahkan untuk mencari dan menyelamat mangsa tetapi gagal mendarat di lokasi nahas kerana masalah cuaca.

“Pasukan penyelamat di darat membawa mayat ke helikopter sebelum ia mendarat di kawasan berhampiran,” tambah Pratap.

Seorang penduduk tempatan yang menyertai usaha mencari dan menyelamat, Lhakpa berkata, kejadian itu sangat menakutkan.

“Helikopter itu pada awalnya berlanggar dengan pokok sebelum terhempas ke tanah. Ia menyebabkan sebuah lubang kecil terbentuk di dalam tanah,” katanya.

Penumpang-penumpang terdiri daripada seorang ibu, bapa dan tiga anak mereka yang bercuti di Himalaya, kata kedutaan Mexico di New Delhi sambil mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI