fbpx

Anak rayu bawa pulang ibu terkandas di hospital Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraini (tengah) dan adik-beradiknya menunjukkan bil hospital dan gambar ibu mereka yang kini berada di sebuah hospital swasta di Madinah.

KUALA TERENGGANU – Tiga beradik buntu memikirkan masalah kewangan yang diperlukan untuk membawa pulang ibu mereka yang kini berada di sebuah hospital swasta di Madinah, Arab Saudi.

Zuraini Sapi’n, 32, berkata, ibu mereka, Hasmah Hamid, 62, menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci pada 30 April lalu.

Katanya, ibu mereka telah jatuh sakit dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan lanjut di Madinah pada 9 Mei lalu.

“Ibu menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa ditidurkan, manakala ahli rombongan umrah lain telah kembali ke tanah air.

“Sepanjang rawatan setakat 6 Julai lalu, bil yang dikenakan mencecah 212,000 Riyal (RM263,679) iaitu 5,000 Riyal (RM6,218) sehari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Chende­ring, di sini semalam.

Selain Zuraini, Hasmah yang juga ibu tunggal mempunyai dua lagi anak iaitu Zuraida, 42, dan Mohd. Asdi Awang @ Abidin, 28.

Zuraini berkata, ibu mereka telah dibenarkan keluar wad selepas 40 hari ditidurkan.

Begitupun, mereka tidak mampu dan belum cukup wang untuk membayar sebahagian besar kos rawatan tersebut.

“100,000 Riyal (RM124,492) telah dibayar menggunakan skim perlindungan insurans, namun baki 112,000 Riyal (RM139,431) lagi masih belum dilunaskan.

“Kami telah berusaha memohon dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan membuat kutipan dana awam di media sosial baru-baru ini,” ujarnya.

Ujarnya, permohonan Mai­dam masih dalam proses, manakala sumbangan awam pula telah mencecah RM37,000 setakat ini.

“Ibu kami semakin murung kerana tinggal bersendirian di dalam wad hospital swasta tersebut sejak dua bulan lalu.

“Kami bimbang ibu kembali jatuh sakit jika semakin lama berada di hospital swasta di Madinah,” katanya.

Sehubungan itu, Zuraini berharap bantuan pihak berkuasa membantu mereka menguruskan kepulangan ibu.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Mohd. Asdi di talian 014-5182 657.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI