fbpx

Warga emas maut, empat cedera, Proton Exora bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN MPV dinaiki mangsa terbakar selepas bertembung dengan lori di Kilometer 12 Jalan Jerantut Maran di sini hari ini.

JERANTUT – Seorang lelaki warga emas maut manakala dua wanita dan seorang bayi berusia lima bulan cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 12 Jalan Jerantut Maran di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu juga menyaksikan kenderaan jenis Proton Exora dinaiki mangsa terbakar.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan  berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 83 tahun bersama tiga wanita dan seorang bayi dalam perjalanan dari bandar Jerantut ke Felda Kota Gelanggi Satu.

“Apabila tiba di tempat kejadian pemandu MPV yang merupakan seorang wanita dipercayai cuba memotong tetapi gagal dan bertembung dengan sebuah lori dari arah hadapan.

“Akibat pertembungan ini, Proton Exora berkenaan telah terbakar tetapi kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang melalui jalan tersebut,”katanya di sini hari ini.

Katanya, penumpang MPV yang berada di tempat duduk hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Mazlan, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI