fbpx

Lebih RM28 juta duit syarikat tempatan diselamatkan daripada scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat tempatan nyaris hilang RM28 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menggunakan taktik business email compromise (BEC).

Bagaimanapun, tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan berkenaan menjejak wang yang dipindahkan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penipuan itu pada 6 Julai.

Katanya, siasatan mendapati sejak Januari syarikat mangsa yang berpangkalan di Malaysia berurusan dengan sebuah syarikat luar negara untuk mendapatkan bekalan gas petroleum cecair (LPG).

“Pada 24 Jun syarikat (mangsa) menerima emel dari syarikat pembekal yang mengarahkan pembayaran dibuat ke akaun baharu.

“Syarikat mangsa hanya menyedari ditipu sindiket apabila syarikat pembekal yang sebenar memaklumkan belum menerima pembayaran terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ramli, bertindak atas maklumat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan berkenaan menjejak wang yang dipindahkan berkenaan.

“PDRM berjaya menyekat sejumlah RM28.36 juta dari dipindahkan ke akaun bank di luar negara,” katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Ramli mengingatkan orang ramai khususnya ahli perniagaan supaya sentiasa berwaspada ketika berurusan menerusi emel.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI