fbpx

JKDM rampas 48,600 liter minyak diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali (tengah) ketika sidang akhbar hari ini.

RAWANG – Sebanyak 48,600 liter minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM104,490 berjaya dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Unit I Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sebuah gudang yang terletak di Jalan Tukang Besi, di sini, Rabu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Sazali Mohamad, penyimpanan dan pembekalan minyak diesel bersubsidi tersebut dijalankan di sebuah gudang persendirian di kawasan terpencil bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa muatan tangki diesel, 3 tangki skid bersaiz 30,000 liter dan 3 buah lori ‘bonded’ yang terlah diubahsuai.

“Sewaktu serbuan, tiada sebarang tangkapan telah dibuat dan mereka yang terlibat disyaki telah melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Sazali, sindiket terbabit menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi penyimpanan atau transit minyak diesel disebabkan lokasinya yang tersorok dan jauh dari pandangan awam.

“Kami percaya, aktiviti ini telah dijalankan sejak awal tahun 2023 berdasarkan bukti penjejakan yang dibuat pasukan.

“Sindiket ini juga giat menjalankan aktiviti penjualan diesel bersubsidi secara haram kepada pihak industri tempatan,” katanya.

Tambah Sazali, semakan lanjut mendapati tidak ada sebarang dokumen berkaitan kelulusan penyimpanan barang kawalan ditemui di kawasan tersebut.

JKDM juga sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan kumpulan sindiket yang terlibat bagi tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI