fbpx

Bilangan penganggur menurun kepada 584,600 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkembangan ekonomi menggalakkan kini telah memberi peluang kepada pencari kerja yang aktif dipilih bekerja di sektor awam atau pun di syarikat swasta. Mei. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bilangan penganggur terus menurun pada Mei 2023 kepada 584,600 orang dengan kadar pengangguran 3.5 peratus, berbanding 586,900 orang pada April, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Katanya, pada bulan Mei, mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, atau penganggur aktif yang merangkumi 80.5 peratus daripada jumlah penganggur seramai 470,400 orang.

“Mengikut tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 60.9 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun merangkumi 6.7 peratus.

“Pada masa yang sama, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif menurun sebanyak 0.8 peratus untuk merekodkan 114,200 orang (April 2023: 115,100 orang),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan turut memaklumkan bahawa kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun telah menurun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 11 peratus dengan jumlah seramai 313,000 penganggur belia (April 2023: 11.1 peratu, 315,600 orang).

Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun pula meningkat sebanyak 0.3 mata peratus kepada tujuh peratus, dengan 448,600 penganggur belia (April 2023: 6.7 peratus, 441,000 orang). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI