fbpx

Zeeta sasar jualan produk tahun ini cecah RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk baharu Zeeta yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Zeeta Group Resources, pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Zeeta, mengunjurkan jualan sebanyak RM3 juta pada tahun ini ekoran sambutan baik diterima daripada para pelanggannya dari seluruh negara.

Pengasas syarikat, Zaiti Noordin berkata, keyakinan tersebut turut bersandarkan faktor kejayaan syarikat mampu memperoleh jualan bulanan sekitar RM150,000 hingga RM200,000 disokong oleh komitmen daripada para pengedarnya yang aktif dan kini telah mencecah kepada 5,000 orang.

Menurut beliau, keyakinan pelanggan terhadap produk keluaran syarikat turut membantu menambah testimoni positif dan juga kejayaan syarikat memperoleh anugerah menaikkan lagi imej syarikat di pasaran semasa.

“Buat masa ini, kami mengeluarkan sekitar 10 produk dan syarikat pastinya membelanjakan sejumlah wang diperuntukkan untuk kajian dan pembangunan (R&D) yang telah dijalankan sejak tahun 2010 hingga 2013,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Zaiti menerangkan, antara produk keluaran syarikatnya Mandi Bunga, Sabun Badan, Energy Booster Aromatherapy, serum wajah, sabun jeli dan sabun beras batik yang mana ia dijual daripada harga RM12 hingga RM60.

“Tahun ini, kami  kami merancang untuk merekrut lebih ramai lagi ejen aktif baharu termasuk yang berada di luar ibu kota,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sejak melebarkan empayarnya, Zeeta berjaya meraih pelbagai penghargaan dan anugerah, terbaharu jenama itu diiktiraf sebagai Excellence Women CEO Award In Beauty & Cosmetics Industry 2021 daripada Asia Business Leadership Excellence. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI