fbpx

Tawaran menarik menanti pihak swasta – KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (tengah) mengakui KBS dan MOF sedang meneliti insentif terbaik untuk menarik minat pihak swasta dalam usaha membuka peluang kepada bekas atlet.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang memperincikan tawaran menarik kepada pihak swasta terutama melibatkan pengecualian cukai atau insentif baharu dalam usaha membantu bekas atlet negara mendapatkan pekerjaan.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya dalam perbincangan akhir bersama Kementerian Kewangan (MOF) untuk memutuskan insentif cukai yang menarik kepada pihak swasta sekali gus menawarkan peluang pekerjaan kepada bekas atlet negara selepas mereka bersara.

“Ketika ini KBS sedang memperhalusi inisiatif oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memberikan insentif cukai kepada syarikat swasta yang mengaji atlet kita.

“KBS dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk memutuskan agar insentif itu betul-betul menarik bagi pihak swasta. Jika tidak, peng­umuman yang akan dibuat kerajaan selepas itu tidak mendatang­kan apa-apa hasil.

“Apa yang boleh saya katakan, KBS dalam perancangan terakhir berkenaan isu tersebut dengan Kementerian Kewangan,” kata­nya ketika ditemui pada Karnival Allianz Movefoward di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Dalam pada itu, Hannah turut berkata, pihaknya akan memperkasakan lagi ekosistem sukan di Malaysia khususnya dalam membantu golongan wa­nita mendapat masa depan yang lebih cerah selepas mereka bersara.

“Satu sesi libat urus (townhall) bersama-sama atlet wanita akan dijalankan bagi mendengar luahan mereka tentang cabaran dan halangan yang dihadapi ketika ini.

“Kalau kita lihat ekosistem sukan di Malaysia kurang beri penekanan untuk bantu wanita lebih cemerlang selepas sukan (bersara).

“Jadi, peluang pekerjaan sebagai jurulatih walaupun ada, kalau sokongan infrastruktur seperti penjagaan anak tidak wujud kita tak dapat lahirkan jurulatih wanita.

“Jadi, saya akan adakan sesi ‘townhall’ kerana dalam lawatan kita ke Jepun nak perkasakan wanita dalam sukan. Dalam ‘townhall’ kita nak dengar sendiri daripada golongan wanita mengenai cabaran dan halangan mereka berkecimpung dalam karier sukan di Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI