fbpx

Selangor catat kes denggi tertinggi – Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin dan Zaliha melepaskan Mobilisasi Jururawat Pelatih pada Majlis Pelancaran Madani Afiat, Gotong Royong Mega Perangi Aeses 1.0 & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023, di Dewan Rakyat Batu Caves, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

GOMBAK – Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak 1.39 peratus iaitu sebanyak 29,382 kes berbanding 16,133 kes pada tahun sebelumnya.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, jumlah kes dan kematian disebabkan denggi yang semakin meningkat merupakan sesuatu yang amat membimbangkan.

“Pada bulan Januari, negara kita mencatatkan 24,743 kes denggi secara keseluruhan. Jumlahnya meningkat sebanyak 1.34 peratus kepada 34,314 kes pada bulan Julai.

“Manakala, sebanyak 40 kematian telah dicatatkan akibat komplikasi denggi berbanding 18 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,” katanya katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Madani Afiyat bertempat di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak, hari ini.

Menurut Zaliha, sebagai inisiatif untuk mencegah denggi, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengadakan Program Madani Afiat bersama dua lagi program lain iaitu Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan ‘One Hour Malaysia Clean Up’ Peringkat Kebangsaan.

“Melalui inisiatif ‘One Hour Malaysia Clean Up’, kami mengalakkan masyarakat untuk membersihkan kawasan persekitaran secara berkala pada setiap hari Sabtu, minggu keempat setiap bulan bagi memerangi pembiakan Aedes.

“Manakala, program Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 pula merupakan inisiatif KKM bersama agensi lain yang diadakan dua kali setahun untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah peningkatan kes demam denggi,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI