fbpx

Kerajaan komited sempurnakan pelan pemulihan Felda -MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan komited memastikan pelan pemulihan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) termasuk pelupusan hutang peneroka seperti diumumkan akan diambil tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan di sini berkata, kerajaan telah meluluskan Jaminan Kerajaan sehingga RM9.9 bilion untuk agensi itu menerbitkan.

“Bermula tahun ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka,” katanya hari ini.

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani perjanjian melibatkan jaminan kerajaan kepada Felda bagi menstruktur semula pinjaman agensi tersebut.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia dibuat melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan agensi terbabit.

“Jaminan kerajaan itu dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangan Felda serta menjamin model perniagaan yang lebih mampan supaya terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu Felda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI