fbpx

Kanak-kanak lelaki dua tahun maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menjalankan siasatan di kediaman keluarga mangsa di flat Taman Pantai Bersih, Butterworth pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah flat di Taman Pantai Bersih, di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima kira-kira  pukul 8.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelemat  Butterworth dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan bilik di sebuah rumah flat di tingkat dua dengan anggaran kemusnahan 20 peratus.

“Kebakaran dipadamkan sebelum pasukan tiba dan terdapat seorang mangsa kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di dalam bilik berkenaan didapati telah meninggal dunia,” katanya di sini sebentar tadi.

Anggota bomba ketika di lokasi penemuan mayat seorang kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di sebuah bilik di Flat Pantai Bersih, Butterworth, pagi tadi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI