fbpx

Jadon Sancho jadi mangsa keinginan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO bakal menjadi umpan untuk United memujuk Spurs menurunkan harga Kane yang sedang diburu mereka ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan mahu menjadikan pemain sayap, Jadon Sancho sebagai ‘mangsa’ dalam perjanjian untuk mendapatkan tanda tangan bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Kem United merasakan percubaan kali ini mampu menarik minat Pengerusi Spurs, Daniel Levy untuk mengadakan run­dingan menurunkan harga Kane yang dikatakan melebihi £100 juta (RM599.56 juta).

Ia merupakan satu percaturan berani daripada The Red De­vils selepas membeli Sancho, 23, dengan harga tinggi bernilai £73 juta (RM437.68 juta) daripada Borussia Dortmund pada 2021.

Kehadiran pemain antarabangsa England itu bagaimanapun gagal menghasilkan impak positif apabila dia sekadar meledak sembilan gol dalam 55 penampilan termasuk enam gol dan tiga bantuan jaringan musim ini.

Difahamkan, United bersedia melepaskan Sancho dengan harga £45 juta (RM269.80 juta) selain menjual tiga lagi pemain bagi menampung dana pembelian Kane seperti kapten, Harry Maguire, Scott McTominay dan Fred.

Dalam perkembangan sama, Dortmund telah menolak peluang membeli semula Sancho kerana sedang memberikan tumpuan untuk mendapatkan Weston McKennie dari Leeds United yang jatuh ke Liga Kejuaraan Inggeris.

Pengendali Dortmund, Edin Terzic merasakan bintang muda pasukannya berusia 17 tahun, Julien Duranville mempunyai corak permainan hampir sama dengan Sancho, malah berpotensi me­ningkat ke satu tahap lebih tinggi.

Sebagai rekod, United buat masa ini baru melengkapkan satu pembelian sahaja iaitu Mason Mount dari Chelsea dengan kontrak lima tahun sehingga Jun 2028 menerusi harga berjumlah £55 juta (RM329.76 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI