fbpx
Wanita itu mencuci tulang tersebut untuk melihatnya lebih jelas. - Facebook

Wanita temui tulang bergigi dalam somtam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand meminta pandangan netizen selepas menemui tulang bergigi dalam hidangan somtam yang dibelinya, lapor laman berita Thaiger.

Pada Rabu lalu, sebuah akaun Facebook berkongsi gambar sebuah tulang mencurigakan yang ditemui di dalam somtamnya.

“Pengakhiran ikan pekasam kegemaran saya. Berapa kali saya perlu muntah untuk membuang somtam ini dari dalam perut saya? Saya tidak tahu apa ini,” tulisnya.

Gambar itu memaparkan tulang yang masih mempunyai beberapa gigi, tetapi wanita itu tidak mengetahui jenis haiwan apa yang memilikinya.

 Wanita itu mendedahkan kepada akhbar ThaiRath bahawa dia membeli somtam ikan yang ditapai dari kedai kegemarannya.

Setelah menemui tulang itu, dia terus membuang makanannya ke dalam tong sampah tanpa memikirkannya.

Namun,  dia tidak dapat melupakan bahawa tulang itu kelihatan pelik. Dia kemudian mengambilnya kembali dan mencucinya sebelum melihat gigi itu. 

Orang ramai di media sosial berpendapat bahawa gigi itu kepunyaan ikan bawal yang popular di Thailand. 

Seorang doktor malah menasihati wanita itu untuk tidak takut kerana ikan bawal itu sedap dimakan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI