fbpx
PENYANYI Tom berjaya meninggalkan tabiat merokok akibat masalah alahan teruk sepanjang kehamilannya kali ini.

Tom buang tabiat 20 tahun merokok sebab alahan hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua puluh tahun merokok, penyanyi Tom akhirnya akur menghentikan tabiat merokok akibat berdepan masalah alahan teruk sepanjang kehamilannya kali ini.

Berdepan alahan paling teruk sepanjang hidupnya, Tom bagaimanapun bersyukur mampu lari daripada tabiat memudaratkan kesihatan tersebut dek tidak tahan rasa loya terhadap bau asap.

“Meskipun alahan kali ini sangat teruk tetapi saya gembira kerana dapat berhenti merokok yang merupakan tabiat buruk.

“Saya hisap rokok sejak berumur 16 tahun dan akhirnya kini saya sudah seminggu tidak sentuh langsung.

“Alahan kali ini buat saya tidak boleh bau asap rokok,” katanya menerusi perkongsian dalam status Instagram, semalam.

Justeru, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berharap mampu menghentikan tabiat tersebut selama-lamanya.

“Harap selepas ini insya-Allah tidak mahu sentuh rokok lagi dan kalau boleh sampai bila-bila,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Tom pernah mengalami keguguran semasa usia kandungan mencecah tiga minggu.

Situasi duka yang dilalui Tom tidak berpanjangan apabila suaminya, Fuad Rahman yang juga penyanyi mendedahkan isterinya itu kembali hamil.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Tom dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lapan hingga 15 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN