fbpx

Tiada guna petah berucap, berjanji – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjawat awam tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Anwar di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

PETALING JAYA – “Tiada gunanya petah berucap, janji itu ini tetapi kepimpinan yang dilantik memandang enteng hak penjawat awam”.

Demikian penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kepentingan bagi pemimpin untuk menjaga kebajikan penjawat awam.

Tegas beliau, keperluan untuk menjaga kebajikan penjawat awam sebaiknya menerusi libat urus dan tatakelola yang betul.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia termasuk daripada segi penambahbaikan infra dan pemberian insentif atau bonus yang setimpal.

“Skim gaji penjawat awam perlu dinilai semula dan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.

“Nescaya, saya percaya, rakyat juga akan mendapat manfaat apabila pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri diurus sebaiknya menerusi sistem penyampaian perkhidmatan yang lancar dan cekap, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI