fbpx

PRN: Sanusi sifatkan tempoh masa kempen berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan tempoh masa 14 hari untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah berlebihan kerana parti-parti politik sudahpun memulakan gerak kerja kempen masing-masing.

“Saya rasa rakyat tahu dah apa yang sedang berlaku, nak kempen apa sangat. Lagipun (kempen) dah mula dah pun.

“Jadi, kalau dah mula dengan fitnah dan cerita-cerita tak betul, saya takut habis kempen ini semua masuk neraka,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau juga berpendapat tarikh mengundi yang ditetapkan pada 12 Ogos depan adalah sesuai memandangkan semua jemaah sudah pulang daripada mengerjakan haji.

“Mereka (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional) pun perlu masa sikit nak pusing lagi (kempen). Institusi pengajian tinggi pusing tak habis lagi,” ujarnya.

Katanya, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali difahamkan akan menyerahkan writ pilihan raya kepada semua Pegawai Pilihan Raya di pusat pengundian pada esok.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa politik merupakan sebahagian daripada urusan agama yang mempunyai dosa dan pahala.

“Depa kata tak boleh cakap pasal agama, saya nak beri ingatan bahawa politik pun ada urusan agama, ada dosa dan pahala.

“Cakap tak betul buat fitnah dekat orang itu berdosa, kalau Tuhan tak ampun masuk neraka. Depa kata tak boleh cakap pasal 3R (kaum, agama, raja) tak kan yang itu tak boleh cakap, teruk lah (kerana boleh) jadi sekular memisahkan agama dengan politik. Tak boleh larang orang bercakap perkara itu untuk mengingatkan orang, fitnah semua ini berdosa di akhirat nanti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI