fbpx

Pas Terengganu umum manifesto Sabtu ini, sedia 10 tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri.

PETALING JAYA – Pas Terengganu akan mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini sempena program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat.

Menteri Besar , Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan manifesto tersebut, Pas Terengganu menggariskan 10 tawaran yang merangkumi semua aspek untuk masa depan negeri itu.

“Kita akan melengkapkan pengumuman 10 tawaran Pas Terengganu pada 8 Julai 2023 (Sabtu) bersempena program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat.

“Saya dengan penuh sukacitanya menjemput semua rakyat Terengganu untuk turut bersama dalam program ini,”katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian bagi PRN serentak di enam negeri pada 12 ogos manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri Mokhtar berharap semua rakyat yang mengundi pulang dan menunaikan tanggungjawab.

“Ruang yang diberikan dalam sistem demokrasi ini perlu dimanfaatkan demi masa depan yang lebih baik.

“Manakala, kepada semua perantau yang bakal pulang mengundi nanti, suka untuk saya sarankan agar membuat perancangan yang awal bagi memastikan perjalanan pulang berjalan lancar dan selamat sampai di destinasi masing-masing,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI