fbpx

Angelina Jolie tolak tawaran Charlie’s Angels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Angelina Jolie terpaksa tolak tawaran menjadi trio dalam filem Charlie's Angels.

PELAKON Angelina Jolie mendedahkan pernah menolak tawaran untuk membintangi filem Charlie’s Angels dengan mengisi tempat salah seorang trio terdiri daripada Lucy Liu, Drew Barrymore dan Cameron Diaz.

Pelakon berusia 48 tahun itu mengakui menolak tawaran Columbia Pictures kerana sudah terlibat dengan beberapa filem bergenre aksi seperti Lara Croft: Tomb Raider, The Bone Collector dan Girl, Interrupted.

“Columbia Pictures mahukan saya berlakon dalam Charlie’s Angels kerana mereka mahu seorang pelakon wanita yang nampak kuat.

“Tetapi saya menolaknya kerana telah terlibat dengan beberapa filem yang menampilkan karakter serupa. Ketika itu saya mahukan watak ringan sahaja,” katanya.

Selepas menolak tawaran membintangi filem Charlie’s Angels, Jolie telah menerima tawaran untuk berlakon di dalam filem Gone in 60 Seconds.

Biarpun tanpa kehadiran Jolie, Charlie’s Angels tetap sukses dengan memperoleh kutipan sebanyak AS$259 juta (RM1.2 bilion) sekali gus menjadi antara filem pecah panggung pada 2000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI