fbpx

Ibu kandung Amanda dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASLINDA bersama anak angkatnya Iris Hani Amanda yang dijaga sejak dilahirkan 12 tahun lalu.

KOTA TINGGI – Seorang wanita mengesan ibu kandung anak angkatnya yang telah dijaga sejak lahir bagi membantu urusan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Haslinda Ani, 49, berkata, anak angkatnya Iris Hani Amanda Abdullah, 12 atau mesra dipanggil Amanda telah diserahkan kepadanya pada hari pertama dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) 12 tahun yang lalu.

Katanya, ibu kandung anak angkatnya dikenali sebagai Nur Syuhada Mohd Suhaimi, 30 ketika itu berusia 18 tahun telah memintanya menjaga Amanda sejak di dalam kandungan lagi.

“12 tahun lalu ketika sedang mengandungkan Amanda, ibunya menyatakan dia tidak dapat menjaga anaknya itu dan meminta saya dan suami mengambil sebagai anak angkat. Sejak usia kandungannya lapan bulan kami telah menjaga ibunya sehinggalah Amanda dilahirkan.

“Wanita tersebut adalah kenalan kami juga kali terakhir yang kami tahu dia menetap di Kota Damansara, namun telah lama terputus hubungan dan tidak dapat dihubungi sehingga kini.

“Ibunya juga telah membuat akuan sumpah menyerahkan Amanda dibawah jagaan kami. Kami juga sudah anggap Amanda sebagai anak kami sendiri kerana telah menjaganya sejak dilahirkan, ” katanya.

Haslinda berkata ibu kandungnya diperlukan bagi melengkapkan urusan dokumentasi lebih-lebih lagi Amanda kini sudah genap 12 tahun dan perlu membuat kad pengenalan.

Menurutnya, Amanda yang kini sedang belajar di darjah enam memerlukan kad pengenalan sebagai identiti rakyat Malaysia sekali gus memudahkan urusan untuk ke sekolah menengah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI